NOVEL
Penulisan Kreatif
Bahasa Melayu
Zairin Zulaikha bt. Harun


Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya, Zairin Zulaikha bt. Harun berasal dari Sungai Petani, Kedah. Saya berumur 13 tahun dan menuntut di Kolej PERMATApintar Negara. Saya merupakan salah seorang pelajar tingkatan satu atau dipanggil sebagai "Foundation 1". Foundation 1 merupakanbatch pertama yang berumur 12-13 tahun memasuki Kolej PERMATApintar Negara. Di bawah bimbingan guru-guru yang berkaliber, kami didik dan didedahkan kepada perkara yang lebih besar. menghasilkan laman web juga merupakan salah satu tugasan bahasa melayu. Saya bersyukur dan gembira kerana dapat menghasilkan sebuah laman web yang bermanfaat pada peringkat umur yang masih muda. Semoga laman web ini bermanfaat untuk menuntut ilmu. Kolej PERMATApintar Negara mengambil pelajar berumur 12 tahun keatas bermula pada tahun ini, (2014). Beberapa ujian perlu diambil sebelum masuk ke sini. Pelbagai ilmu saya pelajari di sini. Saya berharap saya akan terus berjaya.




Pusat PERMATApintar Negara
Pendidikan PEMATApintar
Program Pendidikan PERMATApintarTM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi dalam bidang akademik. Program seperti ini telah lama di jalankan di negara jiran seperti di National University of Singapore, Mahidol University, Thailand, Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST) dan sudah tiba masanya untuk program ini diadakan di Malaysia sebagai langkah pertama bagimemenuhi keperluan kira-kira 350,000 orang pelajar pintar pintar dan berbakat. Pelajar-pelajar yang mengikuti Program Pendidikan PERMATApintarTM, dipilih setelah melalui ujian saringan dan penilaian memulakan program pada usia 16 tahun.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran yang kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar dan berbakat. Program ini membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi. Adalah diharapkan ada antara pelajar program ini akan menjadi, antara lain, bakal penyelidik, teknokrat, pemikir, pemimpin dan Nobel Laureate yang serba-boleh. Untuk mencapai tujuan tersebut PERMATApintar menawarkan prasarana dan suasana pembelajaran yang kondusif. Beberapa pilihan trek pengajian mengikut kemampuan pelajar ditawarkan, dan ini membolehkan sebilangan pelajar menamatkan pendidikan menengah, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada usia muda. Program ini pendidikan ini terdiri dari beberapa komponen –antara lain, akademik, pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri, serta ko-kurikulum. Komponen akademik dijalankan dengan pendekatan differentiated dan accelerated learning/teaching untuk membolehkan pelajar menguasai ilmu mengikut kemampuan masing-masing.
Kurikulum kebangsaan (KBSM) digunakan sebagai kurikulum asas, disamping kurikulum tambahan yang meliputi beberapa kursus universiti seperti Calculus, Linear Algebra dan bahasa asing sebagai academic rigor.Komponen pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri melibatkan pelbagai program kemasyarakatan yang menekankan semangat kekitaan dan kesukarelaan, disamping pengembangan kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan. Komponen kokurikulum membolehkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti persatuan, sukan dan pelbagai pertandingan seperti Math Olympiad, Robotics Competition, di dalam dan luar negeri. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya ditawarkan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti ternama.



Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.
Email: permatapintar@ukm.edu.my
Tel: +603-8921 7503 / 7521 / 7532/ 7533