NOVEL
Penulisan Kreatif
Bahasa Melayu
Zairin Zulaikha bt. Harun


Hasil Nukilan
Saya telah menghasilkan sebuah novel yang bertajuk, "Hakikat Kehidupan" di blog saya. Blog, Novel dan Laman web ini merupakan tugasan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya bersyukur kerana dapat mendalami pelbagai ilmu di Kolej PERMATApintar Negara ini.
http://zairinzulaikha.blogspot.com/2014/05/novel-hakikat-kehidupan.html
Saya harap novel ini dapat memuaskan hati pembaca. Saya bukanlah seorang penulis, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelajar.
Kritikan
Untuk kritikan, saya memilih novel yang bertajuk, "SHIT" karya sasterawan negara, Shahnon Ahmad. Instruktor bahasa melayu saya menceritakan tentang novel ini. Ianya mengutuk kepimpinan Tun Seri Dr. Mahathir. Saya tidak dapat membaca novel ini kerana ianya telah diharamkan. Bagi saya, dalam bidang penulisan, kita tidak sepatutnya meluahkan segalanya dengan cara yang tidak betul. Novel merupakan karya sastera yang terulung. Ianya tidak sesuai dibaca jika menggunakan bahasa kesat atau perkara yang tidak berfaedah.
Beberapa buah novelnya yang menjadi bicara hangat dalam dunia sastera seperti novel "Shit" yang ditujukan untuk Tun Seri Dr. Mahathir dan "Tivi". Jika dilihat, penggunaan kata-kata yang kesat dan kurang sopan telah digunakan olehnya dalam menyatakan perasaannya terhadap masyarakat. Walaupun beliau boleh diangkat sebagai "Raja Novel", namun ekoran daripada pemikiran yang negatif dan penggunaan kata-kata yang kurang elok, beliau hanya dianggap penulis yang setaraf dengan penulis-penulis tempatan yang lain.
Walau bagaimanapun, beliau merupakan pemikir yang berpandangan jauh. Kalau bukan kerana penggunaan bahasa yang kurang sopan di dalam novelnya, beliau pasti diangkat martabatnya. Oleh itu, jagalah penggunaan bahasa kita di dalam penulisan. Bidang penulisan merupakan salah satu wadah dalam menyebarkan idea. Penggunaan bahasa yang baik yang mampu membuka minda masyarakat dan merupakan ciri yang menjadi matlamat penulis-penulis tanah air.
